Berapakah Kelajuan Malaikat?!
Assalamualaikum w.b.t
Rasulullah s.a.w bersabda, "Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)" [H.R Muslim]
Malaikat merupakan makhluk Allah yang ghaib yang diperbuat daripada nur(cahaya) dan terpelihara daripada maksiat. Beriman kepada malaikat merupakan rukun iman yang ke-2.
Ertinya: Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya(lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu. [As-Sajdah: 5]
Berdasarkan ayat diatas, ayat ini memberitahu bahawa Allah mengatur segala urusan dari langit ke bumi dan urusan itu(malaikat) naik kembali untuk bertemu dengan Allah hanya dalam masa satu hari dan kadar satu hari itu dikira dengan menggunakan 1000 tahun yang kita kira di bumi. (bukan 1000 tahun perjalanan)
Kajian orang putih mengatakan bahawa cahaya bergerak sepantas 299,792.458 km/sesaat. Maka dalam satu hari, cahaya boleh bergerak sejauh 299,792.458 km/sesaat × 86400(saat dalam sehari) = 25,902,068,371.2 km/sehari.
25,902,068,371.2 km adalah sama seperti bulan mengelilingi bumi sebanyak 12000(1000 tahun).
Maka 'seribu tahun menurut perhitunganmu' adalah sejauh = 25,902,068,371.2 km
Maka kelajuan malaikat yang diterangkan di dalam ayat di atas adalah 299,792.458 km/sesaat (bersamaan dengan kelajuan cahaya!). Subhanallah, Ini adalah perkara biasa bagi malaikat.
Tapi ini bukan kelajuan maksimum malaikat,
Ertinya: Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun. [Ma'arij: 4]
kali ni para malaikat dan Jibril naik ke langit 50 kali ganda lebih laju.
25,902,068,371.2 km/sehari × 50 = 1,295,103,418,560 km/sehari
1,295,103,418,560 km/sehari ÷ 24 = 53,962,642,440 km/sejam ÷ 60 = 899,377,374 km/seminit ÷ 60 = 14,989,622.9 km/sesaat.
Malah malaikat boleh terbang lebih laju daripada kiraan diatas ini, jika diizinkan Allah.
Walaupun kelajuan malaikat ini TERAMAT LAJU, ia masih tidak dapat melawan keluasan syurga Abu Bakar r.a.
Allah pernah memerintahkan malaikat Jibril a.s untuk terbang mengelilingi sebuah syurga ni. Lalu malaikat pun terbang sehinnga dia merasa lelah. Jibril bertanya bahawa syurga siapakah ini? Dan dikatakan padanya, ini hanyalah taman syurga Abu Bakar r.a. Belum syurganya lagi. (taman syurga dengan syurga berbeza tau)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai 600 sayap."600 sayap. Satu sayap Jibril pun panjangnya diantara timur dan barat.
Subhanallah, begitu luas taman syurga Abu Bakar r.a sehinggakan malaikat Jibril yang begitu laju menjadi penat untuk mengelilingi taman syurga tersebut. Apatah lagi syurganya.
Semua kiraan diatas tidaklah 100% tepat, saya minta maaf jika jalan kira yang saya buat diatas ini salah atau apa yang saya sampaikan mengelirukan anda. Saya bukannya pakar matematik sangat. Hanya Allah yang mengetahui segala perkara tentang makhluknya.
Wallahua'lam.
bukan 50 kali ganda laju..
BalasPadamtu menunjukkan sehari di tempat yang jibril naik bertemu Allah bersamaan 50 ribu tahun..
manakalah di langit yang lebih rendah 1 hari disitu bersamaan 1 ribu tahun di bumi..
nak mudah macamnilah..
sehari di bumi bersamaan 24 jam..
berbeza sehari di planet2 lain.. lebih dari masa bumi nak melengkapkan sehari..
CASINO DOWNS-MAX: WPTW, PA, GSN - JTM Hub
BalasPadamCASINO DOWNS-MAX is 충청남도 출장샵 operated by the Boyd Gaming 안성 출장샵 Group of WPTW, an 제주 출장샵 affiliate of 창원 출장마사지 the Eastern Band of WPTW, and one of the world's leading gaming 제주도 출장샵