Catatan

Berapakah Kelajuan Malaikat?!

Imej
Assalamualaikum w.b.t Rasulullah s.a.w bersabda, "Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)" [H.R Muslim] Malaikat merupakan makhluk Allah yang ghaib yang diperbuat daripada nur(cahaya) dan terpelihara daripada maksiat. Beriman kepada malaikat merupakan rukun iman yang ke-2. Ertinya: Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya(lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu. [As-Sajdah: 5] Berdasarkan ayat diatas, ayat ini memberitahu bahawa Allah mengatur segala urusan dari langit ke bumi dan urusan itu(malaikat) naik kembali untuk bertemu dengan Allah hanya dalam masa satu hari dan kadar satu hari itu dikira dengan menggunakan 1000 tahun yang kita kira di bumi. (bukan 1000 tahun perjalanan) Kajian orang putih mengatakan bahawa cahaya bergerak sepantas 299,792.458 km/sesaat. Maka dalam ...

Bersediakah Anda Untuk Mati?

Imej
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan menjadikan Islam sebagai agama kita hingga ke hari ini. Saya pasti kebanyakan daripada kita dah tahu perkara-perkara ini. Jadi anggaplah ini sebagai peringatan untuk kita. Pernah tak anda... ...terfikir tentang kematian ? ...terfikir nasib selepas kematian ? ...membuat persiapan untuk kematian ? ...pasti besok kita masih hidup ? Jika TIDAK , perlulah bersegera membuat persiapan dari sekarang kerana... "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" [Ali Imran: 185] Kematian boleh menjemput anda pada bila-bila masa, tidak mengenal usia muda mahupun tua, kaya mahupun miskin, berpangkat besar mahupun kecil. Bagaikan seseorang yang terlalu mengantuk, boleh tertidur bila-bila masa saja tanpa disedarinya. Apakah persiapan yang harus dilakukan? • Perbanyakkan Taubat dan Meminta Keampunan Dari Allah s.w.t Tahu tak bahawa Rasulullah s.a.w bertaubat s...